Bukit Bintang City Centre

Bukit Bintang City Centre (BBCC) merupakan projek pembangunan komersial yang dibina di bekas tapak Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Agensi kerajaan, UDA Holdings Bhd diberi tanggungjawab untuk membangunkan tapak itu . UDA telah menyerahkan pelan induk terbaru kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasinya cukup strategik kerana terletak di kawasan segi tiga emas, Kuala Lumpur. Kos keseluruhan ialah RM6.7 bilion. Kawasan seluas 7.6 hektar itu akan membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial. BBCC terbahagi kepada enam fasa dengan keseluruhan kawasan ruang niaga 540,000 meter persegi dan dijangka siap dalam tempoh hingga lapan tahun atau pada 2015.

60 % akan dijual kepada individu dan institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Yayasan Pembangunan Bumiputera (YPB). 40 % lagi dijual kepada awam.

BBCC akan siap dibina sebelum pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (IFC) serta pembangunan semula Lapangan Terbang Sungai Besi.[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy